Selasa, 8 September 2009

Help Children in Need

PLEASE CLICK AT THE BANNER

iPhone 3G S

Assalamualaikum...apa khabar kawan2 semua?setelah lama menyepikan diri kini saya kembali lagi. Sebelum ni sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog. Okey lah untuk kali ni saya nak review tentang handphone yang memang menjadi idaman saya sejak lama. Tapi cuma leh admire je la, nak beli tak mampu lagi. Saya rasa ramai yang meminati handphone ni seperti saya. Bagi yang dapat memiliki handphone ni anda memang bertuah.nak tau handphone apa???

iPhone 3g S


Sejak mula dilancarkan iphone telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ianya menjadi satu fenomena yang sangat besar dalam industri telekomunikasi di seluruh dunia. Dari model pertamanya iaitu iPhone 2g sehingga iPhone 3g, ianya terus mendapat sambutan dan para peminat handphone ini tidak sabar untuk menunggu 'kelahiran' iPhone yang terbaru. Akhirnya penantian berakhir dengan munculnya iPhone yang terbaru versi ke 3 iaitu iPhone 3g S.S dihujung model handphone ini bermaksud speed.Di bawah ini akan saya ceritakan kenapa model terbaru ini digelar speed.

iPhone 3g S dikeluarkan dengan dengan warna hitam dan putih berbanding model yang lama yang hanya mengeluarkan warna hitam. Jadi kepada penggemar warna putih anda dapat memiliki model ini dengan warna kegemaran anda,memang berbaloi....

Berita menarik untuk peminat iPhone!!! jika sebelum ini iPhone 3g hanya dilengkapi memori dalaman sebesar 8gb tetapi untuk model yang terbaru ni pihak Apple telah menambah memori dalamannya iaitu 16gb dan 32gb.Maklumat tentang memori dalamannya boleh anda lihat di belakang cover handphone ini jadi seller tak boleh nak tipu la...jadi kepada yang suka masukkan banyak mp3, video, gambar ke dalam handphone anda boleh la masukkan banyak2 nanti...

Prestasi kekuatan speaker bagi model terbaru ini juga telah dipertingkatkan...nanti leh la dengar kuat2...baru layan....

RAM bagi model terbaru ini juga telah dipertingkatkan dari 128mb kepada 256mb..inilah yang saya katakan dengan maksud 'speed' tadi...jadi boleh la online dengan lebih pantas..

Voice Control...inilah aplikasi terbaru yang ada dalam iPhone 3g S. Anda tidak perlu membuat rakaman suara tetapi anda hanya perlu aktifkan fungsi voice conrol ini. Aplikasi ini menyediakan pelbagai arahan suara untuk membuat sebarang fungsi pantas seperti call, dengar mp3. Dan yang paling best ia menyokong sehingga 30 bahasa yang berlainan.bagi yang pandai cakap banyak bahasa tu untung la...

Pernah dengar handphone ada kompas?mesti tak pernahkan..tapi buat pengetahuan anda iPhone 3g S telah menyediakan fungsi kompas yang dinamakan 'magnetic compass'. So bagi pengguna yang jenis suka mengembara ni memang sesuai menggunakan handphone ini..insyaAllah tak sesat..kalau sesat gak tanya orang...

Resolusi kamera juga telah dipertingkatkan dari 2mp ke 3mp so leh la bergambar puas2 dengan resolusi yang lebih jelas.

Untuk golongan kurang upaya...anda jangan bersusah hati..pihak Apple amat memandang berat terhadap golongan seperti anda..fungsi voice over dan white-on-black direka khas untuk anda. Fungsi voice over berfungsi untuk menukarkan setiap teks yang dipaparkan ke dalam bentuk audio bagi membantu anda yang mengalami masalah pendengaran. Manakala fungsi white-on-black pula bertindak untuk menukar warna interface bagi memudahkan golongan yang mengalami masalah buta warna untuk menggunakannya.


Itulah sedikit sebanyak maklumat yang dapat saya kongsi dengan anda untuk kali ini...pada masa akan datang saya akan review lebih banyak latest handphone yang berada di pasaran..akhir kata teruslah menyokong blog saya ini...selamat berpuasa


Ehh..ehh..lupa lak nak beritahu tentang harga..untuk model iPhone 3g S (16gb) harganya lebih kurang RM2,400 dan iPhone 3g S (32gb) ialah RM 2,900.